RJ CANOPY & TRADING

Monday 30 November 2015



ARABIAN CANOPY PURPLE THEME

Kali ni kami diberi kepercayaan untuk setup khemah arabian sheer/curtain di Taman Desa Mahkota, Bangi.  Satu khemah size 20x20 dan satu lagi khemah 20x10 kerana ruang yang tidak mencukupi.

Puan Nida ni kakak kepada kawan sy dan bekerja di UKM, Bangi.  Canopy ini utk adik beliau yang bertunang pada 29 Nov 2015.

Khemah mcm dalam pic ni RM350 sahaja untuk satu khemah. Customer yang inginkan kualiti dan kebersihan blhlah memberi kepercayaan kepada kami utk pasang khemah utk majlis anda akan dtg.

Jom layan gambar.





















Sunday 29 November 2015



TRANSPARENT CANOPY




Terima kasih kat pengantin atas kepercayaan itu






Fairylight begemerlapan khas utk pelamin sahaja









Friday 27 November 2015

JANGAN TIPU2 TAWW...

Ceritanya ada satu cust ni dari wedding planner ke event planner la katanya..bila sy tanya dia kata 'ye kak..lebih kurang la tu'.  Kami dari company canopy mmg ada best price dengan wedding planner atau caterer sb mungkin akan menjana lebih byk 'job' lagi. So bila dia dah cakap gitu sy pun bagi dia best price yg buat rugi..

Ayatnya 'tolonglah kak, akak adjust la asal dapat harga tu'.. ini cerita 3 hari sebelum majlis.  Sy fikir berani betul event planner ni last minute cari canopy/khemah.  Sampai la ke sehari sebelum majlis dia send pic dekat whtsapp. Pic tu mmg sy bg pada awalnya tp harga yg diminta (adjust) tu bukan lah mcm dalam pic tu..ada la sikit2 yg x dpt buat utk harga adjust tu..dah tentu kualiti material dah lain utk harga yg diminta. Dah kata td mintak adjust smpai dpt hrga yg dia nk tu. Tapi event planner ni tadi terus cakap sy tanak mcam ni kak. Sy dah bgtau cust ikut mcm akak bg pic aritu. Kau rasa???

Okla. Mungkin silap sy jugak tak bgtau apa yg akan dpt bila harga dh diadjust td tu.. Its ok. Kami akan deliver mcm mana dalam  pic 1st tu sb dah misunderstanding kan?nampak tak?dah la dpt harga event planner, lps tu pulak nk mcm dlm 1st pic yg mmg tak masuk akal akn dpt harga tu..Tak penah bg kt event/wedding planner pun harga tu utk deco khemah yg mcmtu..

Hari ni start pasang khemah. Sy pun dtg utk site visit.  Pengantin perempuan kata, mana akak yg deal dgn husband sy.?ckpnya baik2..orangnya lawa dan nampak baik.. Saya pun kata sy deal dengan planner lelaki(time tu lupa nama apa). ' Bukan-bukan.. Yang husband sy deal ni org perempuan. Sy nk tgk quotation jadi ayah sy tanya nanti sy blh jawab' kata pengantin.  'Husband awk deal dgn planner lelaki kot sb sy ni mmg org khemah dan sy pun deal dengan planner' kata sy.. 'Siapa ye nama planner tu?' kata pengantin.  'oh..namanya sham shin shun (bukan nama sebenar)'. 'Oh tu husband sy tu..' kata pengantin..

Terbongkarlah bahawa sy deal bukan dengan event/wedding planner tp customer tu sendiri.  Sudahlah lah dia dpt harga event/wedding planner dan disebabkan dia mintak tlg menggunakan nama 'customer' jadi sy bg jugak harga rugi tu. Canopy 10k tp dpt harga 6k..Gila tak untung?  Sy marah bila ditipu. Dan harga tu harga btl2 tolong org jek..  

Menipu ni mmg sedia tak bagus.  Tapi bila kantoi, ianya sgt tak bagus. Kalo dia ckp 'sy ni event planner tp majlis ni majlis sy' . Takpe jugak..tp ni mmg menipu..

Melayu nk tolong melayu la sgt.. Pengantin perempuan nmpk educated, tp sayang suaminya penipu.